Muaz tekad tambah koleksi pingat

ATLET boling tenpin lelaki negara, Abdul Muaz Mohd Fishol yang memenangi dua pingat emas pada temasya Sukan SEA Singapura 2015 berazam menempatkan dirinya dalam skuad negara.

Bagi mengintai impian menambah koleksi pingatnya, Muaz harus berdepan kelompok terbaik yang turut menampilkan Alex Liew, Zulmazran Zulkifli, Adrian Ang, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Rafiq Ismail, Timmy Tan dan Muhd Nur Aiman Khairuddin.

“Atlet dalam Kita Juara bersaing dengan atlet elit program Podium. Jadi saya harap dapat kekalkan prestasi dan memikat perhatian jurulatih,” kata Muaz yang menjuarai Terbuka Antarabangsa Indonesia, Oktober lalu.

Berkecimpung dalam sukan boling sejak 2001, Muaz mengakui aksi di laman sendiri akan memberikan tekanan buat dirinya yang harus ditangani dengan pendekatan tersendiri.

“Bagi saya beraksi di laman sendiri begitu bermakna terutama dengan sokongan padu peminat tempatan dan juga keluarga,” katanya.

Tangan Muaz bukan sekadar dilatih melontar bola boling. Dia juga pandai memasak di waktu terluang selain bermain kereta kawalan jauh.

“Memasak dan bermain kereta kawalan jauh satu cara untuk menangani stres,” katanya.

BIODATA 

kamz9727Nama penuh: Ahmad Muaz Mohd Fishol

Nama panggilan: Muaz

Umur: 23 tahun

Tempat Lahir: Pulau Pinang

Tarikh Lahir: 28 September 1993

Tinggi: 162cm

Berat: 60 kg

Mula bergelar pemain negara: Skuad remaja 2010, skuad elit 2015

Bermain tangan: Kanan

Hobi: Nitro radio control car 1:8 on road 

Jurulatih: Holloway Cheah dan Ben Heng

Makanan kegemaran: Nasi goreng kampung

Minuman kegemaran: Jus tembikai

Idola: Tommy Jones 

Pencapaian: Emas trio dan berpasukan Sukan SEA 2015, naib juara Terbuka Singapura 2014, juara PBAP Bevida Storm International Masters Classic Manila 2014, juara Terbuka Indonesia 2016

Cita-cita: Menjadi pemain professional 

Sasaran Pingat Sukan SEA: 3 Emas

Akaun Instagram: MU42/mu42