Program Binaan

TUJUAN

  • Tujuan kertas ini adalah untuk menerangkan serba ringkas penganjuran Kem Motivasi Atlet Program Kita Juara 2017 sebagai persiapan kontinjen negara menghadapi Temasya Sukan SEA 2017.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan nilai murni dan disiplin atlet
  • Meningkatkan keyakinan diri atlet
  • Membina semangat kerja berpasukan (team spirit)
  • Membina watak dan mengenali diri

PELAKSANAAN

  • Setiap sukan diwajibkan untuk menyertai sekali kem motivasi ini.
  • Kem ini di adakan selama 3 hari 2 malam.
  • Program Motivasi –  Antara pengisian program ialah ice breaking dan juga aktiviti-aktiviti yang menekankan berkaitan sebagai seorang atlet juara.
  • Program Outdoor (Survival) – Program survival ini akan melatih atlet untuk mencari makanan di kawasan yang telah ditetapkan. Mereka akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diajar untuk mengunakan kompas dan bearing untuk mencari makanan tersebut dan memasak mengikut kumpulan. Program ini mengambil masa satu hari di dalam hutan.
  • Program Komuniti Servis – Dikendalikan oleh urusetia program, penyelia kompleks asahan dan JKKK Kampung di sekitar Asahan. Antara aktiviti komuniti yang dilaksanakan ialah mengecat dan membersih rumah, membuat saluran air, mengganti kerosakan-kerosakan kecil, menanam pokok dan bantuan makanan asas. Pihak urusetia akan mengenalpasti rumah-rumah yang ingin dibantu seperti rumah anak yatim piatu, ibu tunggal dan penghuni yang mempunyai penyakit kronik. Setiap program akan melibatkan lebih dari sebuah rumah dan atlet-atlet ini akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan tugasan.

 

PENGANJURAN KEM

  • Kem Motivasi ini dianjurkan oleh Bahagian Atlet dengan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

LOKASI KEM

  • Lokasi kem dilaksanakan di Kompleks Sukan Saujana Asahan, Melaka yang mempunyai penginapan, dewan dan aktiviti riadah, tapak perkhemahan dan aktiviti sukan air.

PESERTA

  • Bermula pada Disember 2015 sehingga kini sebanyak 3 siri kem telah dilaksanakan dengan pecahan penyertaan adalah seperti berikut:

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 01/15 pada 15-17 Disember 2015

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 PENCAK SILAT 30
2 TAEKWONDO 14
3 TINJU 17
4 WUSHU 18
5 MEMANAH 25
JUMLAH 104

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 02/15 pada 21-23 Disember 2015

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 MENEMBAK 23
2 BINA BADAN 12
3 LAWN BOWLS 28
JUMLAH 63

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 01/16 pada 01-03 Mac 2016

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 BOLA KERANJANG (L) 20
2 BOLA KERANJANG (W) 22
3 PELAYARAN 20
4 TENPIN BOLING 24
JUMLAH 86

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 02/16 pada 29-31 Mac 2016

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 KRIKET 25
2 HOKI AIS 17
3 BERBASIKAL 15
4 PETANQUE 10
5 GOLF 2
JUMLAH 69

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 03/16 pada 18-20 April 2016

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 TENIS 4
2 KARATE 6
3 RENANG IRAMA 12
4 S.TAKRAW (L) 14
5 S.TAKRAW (W) 14
JUMLAH 50

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 04/16 pada 17-19 Mei 2016

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 BOLA JARING 14
2 PING PONG 5
3 SKUASY 3
4 ANGKAT BERAT 12
5 GIMNASTIK 12
JUMLAH 46

Kem Motivasi Atlet program Kita Juara 2017 Siri 05/16 pada 31 Mei-02 Jun 2016

BIL SUKAN JUM. PESERTA
1 BOLA TAMPAR 1
2 HOKI (W) 22
3 RAGBI 10
4 LUNCUR AIS 5
5 OLAHRAGA 14
6 LAWAN PEDANG 5
7 TERJUN 5
8 GIMRAMA 10
JUMLAH 72